Allianz, Gaw Capital akan perolehi bangunan mesra alam dengan pinjaman daripada 3 bank
Syarikat Allianz Real Estate dan Gaw Capital akan bersama-sama membeli dua bangunan mesra alam, DUO Tower serta DUO Galleria setelah mendapat pinjaman sebanyak S$945 juta daripada tiga bank.

Bangunan Duo di simpang Beach Road dengan Rochor Road.
SINGAPURA: Syarikat Allianz Real Estate dan Gaw Capital akan bersama-sama membeli dua bangunan mesra alam, DUO Tower serta DUO Galleria setelah mendapat pinjaman sebanyak S$945 juta daripada tiga bank.
Bank UOB, DBS dan StanChart membantu membiayai pembelian tersebut yang bernilai S$1.6 bilion.
DUO Tower dan DUO Galleria, yang terletak di simpang Beach Road dengan Rochor Road, sudah memegang Persijilan Platinum Tanda Hijau sejak 2013.
Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) memberikan pengiktirafan tanda hijau itu kerana projek tersebut menerapkan sejumlah ciri mesra alam.
Ini termasuk sistem mengumpul air hujan serta kaca bahagian luarnya yang dapat mengurangkan haba daripada masuk ke dalam bangunan.
Allianz akan memiliki 60 peratus kepentingan dalam aset tersebut manakala Gaw Capital pula akan memegang 40 peratus hak miliknya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.