Alibaba pecat 10 pekerja bocor tuduhan serangan seksual
Syarikat Alibaba Group Holding Ltd memecat 10 pekerja kerana mendedahkan tuduhan serangan seksual seorang rakan kerja wanita yang dibuat terhadap seorang bekas pengurus. Ini dilaporkan Bloomberg News pada Isnin (30 Ogos), menukil para individu yang mengetahui hal tersebut.
REUTERS: Syarikat Alibaba Group Holding Ltd memecat 10 pekerja kerana mendedahkan tuduhan serangan seksual seorang rakan kerja wanita yang dibuat terhadap seorang bekas pengurus. Ini dilaporkan Bloomberg News pada Isnin (30 Ogos), menukil para individu yang mengetahui hal tersebut.
Syarikat itu memecat 10 pekerja tersebut kerana mengongsikan petikan layar catatan wanita berkenaan di wadah awam selepas memadamkan tera air yang menunjukkan identiti mereka, lapor Bloomberg, menukil satu pengumuman dalaman yang dibuat minggu lalu.
Para pekerja itu dipecat kerana melanggar dasar-dasar yang menentang perihal mendedahkan kandungan di forum pekerja, lapor Bloomberg, memetik kenyataan para individu yang mengetahui perkara tersebut.
Sementara itu, tiga lagi pekerja ditegur kerana membuat komen tidak sesuai di forum awam tersebut, menurut laporan itu.
Alibaba enggan mengulas tentang laporan tersebut.
Seorang kakitangan wanita memuatnaikkan catatan pengalamannya sepanjang 11 muka surat di intranet Alibaba pada awal Ogos lalu. Beliau menuduh pengurus serta seorang pelanggan pernah melakukan serangan seksual terhadapnya. Beliau menambah para pegawai atasan dan jabatan sumber manusia tidak memandang serius terhadap perkara itu dalam tempoh lima hari sejak beliau melaporkan insiden tersebut.
Alibaba memecat pengurus yang dituduh melakukan serangan seksual tetapi dikecam oleh media tempatan kerana tidak bertindak sehingga penuduh membuka mulut di wadah awam.
Syarikat e-dagang itu memutuskan untuk memecat 10 pekerja selepas selesai menjalankan siasatan dalaman dan tidak mengumumkan keputusan muktamad hasil siasatan tersebut secara terbuka, lapor Bloomberg.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.