AS akan laksana tarif 25% ke atas import keluli, aluminium mulai 10 Feb
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Trump bersama para wartawan semasa dalam perjalanan ke New Orleans pada 9 Feb 2025. (Gambar: ROBERTO SCHMIDT / AFP)
WASHINGTON: Amerika Syarikat akan mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium pada Isnin (10 Feb), kata Presiden Donald Trump pada Ahad (9 Feb), yang terbaharu dalam kalangan levi perdagangan yang diumumkan oleh pemimpin Amerika Syarikat itu.
Encik Trump mengumumkan demikian dalam pesawat Air Force One semasa dalam perjalanan untuk menghadiri perlawanan Super Bowl di New Orleans, menurut Rumah Putih.
Encik Trump sudah berulang kali menyatakan persetujuannya terhadap tarif tersebut, sambil menggunakannya sebagai cara untuk memaksa negara-negara lain membuat perubahan dasar selaras dengan keutamaannya.
Pada minggu pertamanya memegang jawatan presiden, Encik Trump mengenakan tarif ke atas China dan mengarahkan perkara yang sama ke atas Mexico dan Kanada.
Beliau bagaimanapun menangguhkan langkah terhadap Kanada dan Mexico selama sebulan selepas kedua-dua negara berikrar akan meningkatkan langkah-langkah untuk membanteras dadah fentanyl dan kemasukan pendatang haram ke Amerika Syarikat.
Tarif ke atas China mengundang tindak balas daripada Beijing, dengan 15 peratus duti dikenakan ke atas arang batu Amerika dan gas asli cecair dan 10 peratus levi ke atas minyak mentah, jentera, trak pikap dan kenderaan seperti kereta sukan dengan enjin yang besar.
Encik Trump juga telah berikrar akan mengenakan tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU) dan berkata bahawa beliau tidak lama lagi akan mengumumkan "tarif timbal balik" yang belum diumumkan kadarnya.
Beliau juga telah menjanjikan tarif ke atas semikonduktor, minyak dan gas.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.