Skip to main content

Kewangan

AirAsia sedang bincang untuk tukar sebahagian tempahan Airbus kepada jet jarak jauh: sumber

Syarikat penerbangan tambang jimat, AirAsia, sedang dalam perbincangan dengan Airbus untuk menukar pesanan pesawat sedia ada kepada model A321XLR yang mempunyai jarak penerbangan lebih jauh, sedang mereka mencari jalan keluar daripada proses penyusunan semula, menurut dua sumber industri pada Khamis (3 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia sedang bincang untuk tukar sebahagian tempahan Airbus kepada jet jarak jauh: sumber

Pesawat-pesawat AirAsia, syarikat penerbangan subsidiari Capital A, di landasan terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang, Malaysia pada 26 Februari 2024 (Gambar Fail: REUTERS/Hasnoor Hussain)

PARIS/SEOUL: Syarikat penerbangan tambang jimat, AirAsia, sedang dalam perbincangan dengan Airbus untuk menukar pesanan pesawat sedia ada kepada model A321XLR yang mempunyai jarak penerbangan lebih jauh, sedang mereka mencari jalan keluar daripada proses penyusunan semula, menurut dua sumber industri pada Khamis (3 Jul).

Ketua pegawai eksekutif Capital A Group yang juga pemilik AirAsia, Tony Fernandez, berkata kepada Reuters bulan lalu bahawa beliau sedang dalam perbincangan untuk membeli antara 50 hingga 70 unit model Airbus terbaharu dalam tempoh satu hingga tiga bulan, namun keutamaan diberi untuk menyelesaikan proses penyusunan semula kewangan syarikat tersebut.

Satu perjanjian berkemungkinan dicapai seawal minggu ini apabila Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, mengunjungi Paris menurut sumber tersebut. Namun, satu lagi sumber menambah bahawa perjanjian tersebut belum tentu terjamin.

Airasia yang berpangkalan di Malaysia merupakan antara syarikat penerbangan kos rendah yang terbesar di Asia dan salah satu pelanggan terbesar Airbus, dengan lebih 350 pesawat ditempah.

Perjanjian sebegitu tidak semestinya akan menambah jumlah tempahan AirAsia yang sedia ada dengan Airbus. Sebaliknya, ia akan menyokong model jet berbadan sempit dengan jarak penerbangan terjauh dalam industri itu, kata mereka.

Perbincangan mengenai tempahan besar pesawat A220 bukan lagi keutamaan, tambah mereka.

Encik Fernandes mahu memperluaskan jangkauan global AirAsia dan berkata bahawa model-model jarak jauh Airbus sebahagian penting visi tersebut.

Encik Fernandes menambah beliau sedang mencari sebuah hab di kawasan Teluk. AirAsia kini dalam perbincangan dengan empat lokasi, termasuk di Arab Saudi dan Ras Al Khaimah di Amiriah Arab Bersatu (UAE), seperti yang beliau maklumkan dalam temu bual di radio Dubai Eye.

Bloomberg News melaporkan pada Khamis bahawa AirAsia berkemungkinan akan membuat tempahan pesawat badan sempit semasa lawatan perdana menteri, tetapi perjanjian tersebut belum terjamin.

Airbus dan AirAsia belum memberi respons terhadap permintaan untuk komen.
Sumber : Reuters/NI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita