AirAsia mulakan laluan Kuching-Langkawi pada November
AirAsia Bhd akan memperkenalkan laluan baru yang akan menghubungkan Kuching dan Langkawi bermula 13 Nov, 2020.
(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memperkenalkan laluan baru yang akan menghubungkan Kuching dan Langkawi bermula 13 Nov, 2020.
Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Cik Amanda Woo berkata pasaran domestik akan terus menjadi fokus utama syarikat penerbangan tambah murah itu sementara menunggu sempadan antarabangsa dibuka semula.
“Langkawi adalah salah satu destinasi berprestasi terbaik kami dan penerbangan tiga kali seminggu itu akan memperluaskan rangkaian domestik kami dan menyediakan hubungan yang lebih baik antara kedua-dua buah bandar.
“Kami juga berharap dapat mewujudkan peluang perniagaan seperti hotel, pengendali pelancongan, penyedia perjalanan dan lain-lain dengan memanfaatkan hubungan antara Sarawak dan Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini (30 Sep).
Cik Woo berkata tambang termasuk semua untuk ahli BIG bermula serendah RM59 (S$20) sehala dan tersedia untuk tempahan di airasia.com dan melalui aplikasi mudah alih AirAsia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.