Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AirAsia mula laluan baru dari Pulau Pinang ke Melaka Julai ini

Air Asia Bhd akan memulakan laluan baharu dari Pulau Pinang ke Melaka bermula 1 Julai 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia mula laluan baru dari Pulau Pinang ke Melaka Julai ini

Gambar fail pesawat AirAsia (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 10:46PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 10:50PM

KUALA LUMPUR: Air Asia Bhd akan memulakan laluan baharu dari Pulau Pinang ke Melaka bermula 1 Julai 2019.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu menyatakan khidmat penerbangan tersebut akan meningkatkan ketibaan pelancong ke Melaka serta membantu kerajaan negeri mencapai sasaran menarik 20 juta pelancong pada 2019.

Dalam kenyataan hari ini (10 Apr), AirAsia menyatakan syarikat penerbangan tersebut menawarkan tempat duduk percuma bagi laluan baru itu dengan tambang dari serendah RM12 (S$4) untuk perjalanan sehala.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Riad Asmat berkata Melaka yang kaya dengan sejarah dam tersenarai sebagai warisan dunia oleh UNESCO, merupakan destinasi pelancongan pilihan Malaysia.

"Laluan baru itu mengukuhkan lagi kehadiran pelancongan di Malaysia dan menyediakan lebih banyak pilihan bagi pengunjung antarabangsa untuk melancong ke Pulau Pinang dan Melaka.

"Kami berharap dapat meneruskan usaha meneroka lebih banyak laluan baru ke Melaka dari rangkaian ASEAN kami," katanya.

Sempena pelancaran itu, AirAsia menawarkan diskaun sehingga 50 peratus caj penginapan hotel di Melaka atau Pulau Pinang, dan tambahan lima peratus jika menggunakan kod promo HOTEL5.

Untuk tempahan, pengguna boleh melayari airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia mulai sekarang hingga 21 April 2019 bagi perjalanan dari 1 Julai 2019 hingga 2 Jun 2020.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan