Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AirAsia mansuhkan bayaran pemprosesan bagi pengguna e-dompet mulai Oktober

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian atau kad kredit mulai Oktober depan.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia mansuhkan bayaran pemprosesan bagi pengguna e-dompet mulai Oktober

Pesawat Air Asia X. (Gambar: AFP PHOTO/HO/AirAsia X)

Diterbitkan : 30 Jul 2019 02:11PM Dikemas Kini : 30 Jul 2019 02:16PM

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian atau kad kredit mulai Oktober depan.

“Kami (akan) masih mempunyai beberapa caj untuk memacu trafik kepada kaedah lebih murah, lebih selamat dan kurang penipuan. Tetapi akan terdapat juga kaedah tanpa sebarang bayaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Encik Tony Fernandes hari ini (30 Jul).

Beliau mengumumkan perkara itu dalam catatan di twitter menerusi dua hashtag, iaitu #technologyrules dan #makingairfaresaffordable.

Bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 (S$1.33) jika pelanggan menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 (S$5.32) dengan UnionPay.

Bagaimanapun, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang terlibat. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan