AirAsia mahu tambah kapasiti perjalanan udara ke SG
Anggaran Waktu Membaca:
SEPANG: AirAsia merancang untuk meningkatkan lagi kapasiti perjalanan udara ke Singapura, kata Pengarah Urusan AirAsia Malaysia, Kapten Fareh Mazputra Fairuz.
Beliau berkata laluan Kuala Lumpur-Singapura, yang paling sibuk di dunia, penting untuk melonjakkan pelancongan.
Kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Changi Airport Group memberikan peluang besar untuk memanfaatkan rangkaian penerbangan AirAsia yang luas bagi memperkukuh hubungan antara negara jiran, katanya kepada pemberita selepas pelancaran desain visual pesawat AirAsia - ‘Love, Singapore' - di Sepang, pada Khamis (22 Ogos).
Menerusi kerjasama dengan STB, Taman di Pesisiran dan Mandai Wildlife Group, AirAsia melancarkan desain pesawat 'Love, Singapore' sebagai sebahagian usaha mempromosikan pelancongan ke Singapura dari Malaysia, Thailand dan Indonesia, dengan memanfaatkan kemuncak pelancongan akhir tahun di rantau ini.
Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif STB Asia Tenggara Terrence Voon, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Mandai Wildlife Group Jean Choi dan Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan dan Kemampanan Taman di Pesisiran, Addison Goh.
Rekaan pada badan pesawat Airbus A320 itu menampilkan tarikan ikonik Singapura, termasuk Taman di Pesisiran dan taman hidupan liar Mandai Wildlife Group seperti Zoo Singapura dan Bird Paradise, bersama Merli yang merupakan karakter jenama Singapura terkemuka yang diilhamkan oleh Merlion.
Encik Fareh mendedahkan pihaknya mengendalikan 286 penerbangan mingguan keluar masuk Singapura dari Malaysia buat masa ini.
“Kami mahu mengembangkan laluan masuk dan keluar dari Singapura. Pada masa ini, kami menawarkan 10 destinasi namun, kami menyasar untuk meningkatkannya melalui kerjasama lebih baik dengan STB dan Changi Airport Group,” katanya.
Beliau berkata Airbus A320 akan berada dalam perkhidmatan menjelang akhir bulan ini, menyasarkan negara ASEAN supaya pengembara dapat menghargai projek ini.
Encik Voon berkata STB gembira bekerjasama dengan AirAsia dan kalangan pemegang kepentingan industri pelancongan dalam mempromosikan Singapura menerusi ruang udara serantau.
“Pelbagai acara dan pengalaman yang menarik ditawarkan kepada pelancong untuk melawat serta mengunjungi semula Singapura tahun ini," katanya.
“Kami menggalakkan mereka untuk mengambil peluang daripada tawaran hebat yang akan dilancarkan bersama rekaan ‘Love, Singapore’ untuk menempah percutian seterusnya ke Singapura."
Singapura menyambut 682,110 pelancong dari Malaysia antara Januari hingga Julai 2024.
“Malaysia adalah pasaran serantau utama Singapura, dengan bilangan pelancong dan hasil pelancongan secara konsisten melebihi tahap sebelum COVID-19," ujar Encik Voon.
“Pelancongan Singapura terus pulih pada 2024. Dalam tempoh tujuh bulan tahun ini, kami merekodkan 9.8 juta pengunjung, mewakili kira-kira 88 peratus daripada tahap sebelum COVID-19,” tambahnya.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.