AirAsia dilapor bincang kemungkinan sokongan kewangan dengan kerajaan Malaysia
Pengasas bersama AirAsia, Tony Fernandes, dilaporkan mengadakan perbincangan dengan pegawai Kementerian Kewangan Malaysia mengenai kemungkinan sokongan kerajaan kepada syarikat penerbangan tambang rendah itu, sedang kos bahan api pesawat meningkat dengan mendadak.
Pesawat AirAsia berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) di Sepang, Malaysia, pada 18 September 2026. (Gambar fail: REUTERS/Najjua Zulkefli)
- Tony Fernandes was reported to have met officials from Malaysia's Ministry of Finance about possible support for AirAsia, but he denied that financial assistance was discussed.
- He said the meetings with the Ministry of Finance and the Ministry of Transport in the week of Sep 28 only touched on operating costs, including airport charges and fuel.
- AirAsia has come under pressure after fuel costs jumped 66 per cent, posting a second-quarter loss of RM831 million and facing current liabilities of RM18.4 billion.
- The company is targeting funding of up to US$1 billion and RM700 million in local credit to refinance debt, working capital and financial obligations.
- Tony Fernandes dilaporkan bertemu pegawai Kementerian Kewangan Malaysia mengenai kemungkinan sokongan kepada AirAsia, tetapi beliau menafikan bantuan kewangan dibincangkan.
- Beliau berkata pertemuan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan pada minggu 28 September hanya menyentuh kos operasi, termasuk caj lapangan terbang dan bahan api.
- AirAsia tertekan selepas kos bahan api melonjak 66 peratus, mencatat kerugian suku kedua RM831 juta, dan berdepan liabiliti semasa RM18.4 bilion.
- Syarikat itu menyasarkan dana sehingga AS$1 bilion dan kredit tempatan RM700 juta untuk membiayai semula hutang, modal kerja serta tanggungan kewangan.
Reuters pada Isnin (12 Okt) memetik tiga sumber yang mengetahui perkara tersebut sebagai berkata pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu.
Menurut dua sumber, perbincangan tertumpu kepada kemungkinan kerajaan Malaysia menyokong usaha AirAsia mendapatkan pembiayaan, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang masih dibincangkan.
Bagaimanapun, Encik Fernandes menafikan bahawa bantuan kewangan dibincangkan dalam pertemuan itu.
Dalam wawancara eksklusif dengan Reuters pada Jumaat (9 Okt), beliau mengesahkan bertemu pegawai Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan Malaysia pada minggu bermula 28 September, atas permintaannya sendiri.
Beliau berkata perbincangan hanya menyentuh kos operasi penerbangan, termasuk caj lapangan terbang dan bahan api.
Encik Fernandes turut menegaskan bahawa beliau yakin sepenuhnya AirAsia mampu mengharungi cabaran kewangan tanpa bantuan kerajaan.
Namun, beliau berkata syarikat itu tidak akan menolak bantuan sekiranya ditawarkan oleh mana-mana kerajaan di negara tempat AirAsia beroperasi.
Kementerian Kewangan Malaysia enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
KOS BAHAN API PESAWAT MELONJAK
AirAsia berdepan tekanan kewangan selepas harga bahan api pesawat meningkat 66 peratus pada suku kedua berbanding suku sebelumnya, kepada purata AS$183 (S$234) setong, susulan perang Amerika Syarikat-Israel dengan Iran.
Menurut sumber Reuters, kerajaan Malaysia semakin bimbang tentang kedudukan kewangan AirAsia kerana sebarang gangguan terhadap operasinya boleh menjejas hubungan penerbangan domestik, pelancongan dan perniagaan berkaitan.
AirAsia menguasai kira-kira 60 peratus pasaran penerbangan domestik Malaysia dan menggajikan sekitar 26,000 pekerja, menurut Encik Fernandes.
Syarikat itu mencatatkan kerugian bersih RM831 juta (S$272 juta) bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, sebahagiannya akibat kenaikan kos bahan api dan kerugian pertukaran mata wang asing.
Setakat 30 Jun, AirAsia mempunyai baki tunai dan simpanan bank sebanyak RM954 juta (S$299 juta), berbanding liabiliti semasa berjumlah RM18.4 bilion (S$5.77 bilion).
SASAR KUMPUL DANA SEHINGGA AS$1 BILION
AirAsia menyasarkan pengumpulan dana sehingga AS$1 bilion (S$1.28 bilion) menerusi pasaran hutang antarabangsa, selain kemudahan kredit tempatan bernilai RM700 juta (S$219 juta).
Dana itu bertujuan membiayai semula hutang sedia ada, menyediakan modal kerja dan melunaskan tanggungan kewangan.
Encik Fernandes menjangkakan usaha pengumpulan dana tersebut selesai antara Disember tahun ini dengan Februari 2027.
Beliau turut berkata bahawa permintaan penumpang belum menunjukkan tanda-tanda kelemahan, dengan kadar pengisian tempat duduk masih melebihi 80 peratus.
Bagaimanapun, AirAsia sedang membuat perancangan berdasarkan andaian harga minyak kekal tinggi untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Saham AirAsia sudah kehilangan lebih 70 peratus nilainya sejak awal tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.