Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AirAsia berikrar bantah caj khidmat penumpang tambahan dikenakan

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia berikrar untuk terus membantah caj perkhidmatan penumpang (PSC) tambahan dikenakan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi penumpang yang melakukan perjalanan di luar ASEAN. 

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia berikrar bantah caj khidmat penumpang tambahan dikenakan

Pesawat Air Asia X. (Gambar: AFP PHOTO/HO/AirAsia X)

Diterbitkan : 10 Aug 2019 01:22PM Dikemas Kini : 10 Aug 2019 01:24PM

BANGKOK: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia berikrar untuk terus membantah caj perkhidmatan penumpang (PSC) tambahan dikenakan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi penumpang yang melakukan perjalanan di luar ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Encik Tony Fernandes berkata AirAsia yang ditubuhkan 18 tahun lalu sudah menjadikan ASEAN sebagai tempat yang lebih kecil dan "semua orang boleh terbang" berikutan tambang rendahnya.

Bagaimanapun, beliau berkata PSC yang dikenakan oleh MAHB dari RM50 (S$17) hingga RM73 (S$24) seorang untuk penumpang yang melakukan perjalanan di luar ASEAN adalah tidak adil dan membebankan penumpang.

"Kami akan terus berjuang bagi kebebasan untuk terbang ... Pengendali lapangan terbang harus membantu kami untuk memastikan perjalanan lebih murah," katanya di sidang media hari ini (10 Ogos).

Sebelum itu, Encik Fernandes menghadiri majlis pelancaran rekaan corak luaran terbaharu bertemakan "ASEAN Sustainable" (ASEAN Lestari) pada pesawat terbarunya, Airbus A320 bersempena sambutan Hari ASEAN di Bangkok.

Bermula hari ini, AirAsia mula mengutip PSC yang dikenakan oleh MAHB dan penumpang perlu membayar caj tambahan RM23 (S$7.62) untuk penumpang yang melakukan perjalanan di luar ASEAN dari RM50 (S$17) hingga RM73 (S$24) seorang.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan AirAsia dan AirAsia X bagi membatalkan pembayaran PAC yang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), anak syarikat MAHB.

Satu petisyen sudah dilancarkan bagi membantah PSC hari ini.

Encik Fenandes berkata pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbangan memainkan peranan penting untuk memastikan kebebasan untuk melakukan penerbangan.

AirAsia menyatakan PSC yang tinggi menjejas pelancongan, menghalang pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Malaysia kurang menarik kepada pelawat berbanding destinasi lain. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan