Aggregate Asset Management kumpul S$5.6 juta menerusi 1exchange
Bursa privet di negara ini, 1exchange, menerima penyenaraiannya yang pertama pada Rabu (10 Jul).
SINGAPURA: Bursa privet di negara ini, 1exchange, menerima penyenaraiannya yang pertama pada Rabu (10 Jul).
Syarikat Aggregate Asset Management sudahpun menyenaraikan sahamnya yang boleh diperniagakan, bernilai lebih $5.6 juta.
Jumlah tersebut membentuk hampir lima peratus daripada saham syarikat pengurusan dana itu.
Aggregate merancang menggunakan pendapatan daripada penjualan saham-saham itu bagi mengukuhkan operasinya, mengambil pekerja baru dan melabur dalam analitis data.
1exhange adalah satu-satunya bursa sekuriti privet yang diselia di Singapura.
Syarikat-syarikat yang masuk dalam bursa itu akan kekal sebagai entiti privet dan dibenarkan menyenaraikan sehingga 30 peratus saham masing-masing.
Ia menyediakan cara lain bagi syarikat-syarikat mendapatkan modal dan untuk para para pelabur berurus niaga dalam syarikat-syarikat itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.