Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Agensi makanan Indonesia nantikan peraturan untuk agih minyak masak

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi makanan Indonesia nantikan peraturan untuk agih minyak masak

(Gambar: Kompas.com)

Diterbitkan : 10 May 2022 11:37PM Dikemas Kini : 10 May 2022 11:37PM

JAKARTA: Agensi pemerolehan makanan negara Indonesia Bulog menyatakan pada Selasa (10 Mei) ia sedang menantikan peraturan untuk membolehkannya mengagihkan minyak masak secara borong, sedang pihak berkuasa berusaha untuk memastikan bekalan dan harganya dalam kemampuan ramai di pasaran tempatan. 

Negara Asia Tenggara itu merupakan pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia dan sejak 28 April menghentikan eksport minyak sawit serta produk-produk yang sudah ditapis untuk mengawal kenaikan harga minyak masak tempatan, lapor Reuters. 

Para pegawai berkata Bulog akan membantu mengagihkan minyak masak bersubsidi apabila harganya tinggi, namun setakat Selasa (10 Mei), ketua agensi tersebut berkata ia masih belum diberikan tugas itu secara rasmi. 

"Harus ada peraturan agar tiada sebarang kesilapan," kata Ketua Eksekutif Bulog Budi Waseso dalam taklimat media secara maya. 

Satu peraturan juga diperlukan untuk menjelaskan bagaimana kos akan ditetapkan, memandangkan Bulog mungkin dikehendaki menjual minyak masak di bawah harga pasaran. 

Harga runcit minyak masak melonjak akibat harga global minyak yang terus meningkat. Ini berlaku walaupun terdapat beberapa langkah pemerintah untuk mengawal bekalan, seperti larangan eksport yang dilaksanakan Presiden Joko Widodo terhadap minyak sayur. 

Ketua Menteri Ekonomi Airlangga Hartarto berkata larangan itu yang menjejas pasaran sejagat minyak masak akan terus berkuatkuasa sehingga harga borong minyak masak jatuh kepada 14,000 rupiah (S$1.34) bagi setiap liter, bersamaan dengan 15,500 rupiah (S$1.48) bagi setiap kilogram, di seluruh negara. 

Setakat Isnin (9 Mei), data daripada laman web yang memantau harga menunjukkan bahawa harga borong minyak ialah purata 17,700 rupiah ($1.69) bagi setiap kilogram. 

Minyak masak merupakan antara faktor-faktor utama yang memacu kenaikan kadar inflasi Indonesia pada bulan April, dengan indeks harga pengguna (CPI) naik sebanyak 3.47 peratus, iaitu kenaikan yang tertinggi sejak Disember 2017. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa