Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Accenture umum rancangan berhentikan 19,000 pekerja merata dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Accenture umum rancangan berhentikan 19,000 pekerja merata dunia

(Gambar: Paul J. Richards/AFP)

LONDON: Syarikat khidmat teknologi Accenture pada Khamis (23 Mac) mengumumkan rancangannya untuk memberhentikan 19,000 pekerja di seluruh dunia menyusuli ramalan pendapatan dan keuntungan tahunan yang lebih rendah. 

Pemberhentian pekerja itu akan mendatangkan kos sebanyak AS$1.2 bilion (S$1.6 bilion) bagi membayar pampasan  sepanjang 18 bulan akan datang. 

Lebih separuh yang diberhentikan adalah kakitangan pentadbiran dan sokongan. 

Ia turut merancang untuk membelanjakan lagi AS$300 juta (S$399 juta) bagi menggabungkan ruang pejabatnya, lapor UPI. 

Accenture, yang buat masa ini menggajikan 738,000 pekerja di seluruh dunia, termasuk Singapura, menyatakan, ia menjangkakan pertumbuhan pendapatan tahunan bagi tahun kewangan 2023 adalah antara 8 hingga 10 peratus, lebih rendah berbanding antara 8 hingga 11 peratus. 

Keadaan ekonomi dan geopolitik masih tidak menentu di banyak pasaran di seluruh dunia, yang menjejas perniagaan, terutama sekali berhubung kenaikan gaji dan ketidaktentuan kadar pertukaran mata wang asing, menurut Accenture, seperti dilaporkan TechCrunch. Bagi sesetengah kes, keadaan berkenaan menyebabkan rentak dan tahap perbelanjaan pelanggan menjadi lebih perlahan. 

CNN Business melaporkan bahawa ribuan pekerja dalam industri teknologi diberhentikan pada beberapa bulan kebelakangan ini kerana kadar faedah lebih tinggi, inflasi dan kebimbangan mengenai kemelesetan mendorong penurunan pada pengiklanan dan perbelanjaan pengguna. 

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan