Skip to main content

Kewangan

70 ladang di Lim Chu Kang dapat lanjutan pajakan terakhir

Para petani di 70 ladang di Lim Chu Kang kini mempunyai lagi 14 bulan untuk mencari ladang baru selepas diberi lanjutan pajakan yang terakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
70 ladang di Lim Chu Kang dapat lanjutan pajakan terakhir

Farm85 antara yang akan ditutup selepas tamat tempoh pajakan.

Diterbitkan : 10 Sep 2021 06:24PM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 06:26PM

SINGAPURA: Para petani di 70 ladang di Lim Chu Kang kini mempunyai lagi 14 bulan untuk mencari ladang baru selepas diberi lanjutan pajakan yang terakhir.

Ladang-ladang itu yang antara lain digunakan untuk menghasilkan makanan dan menternak ikan hiasan, burung serta menyemai orkid, sepatutnya dikosongkan menjelang akhir tahun 2021 kerana akan dibangunkan semula untuk penggunaan tentera.

PENANGGUHAN 7 HINGGA 14 BULAN

Ladang di bahagian utara Lim Chu Kang Lane 3 dan 5 secara amnya akan mendapat lanjutan 14 bulan hingga hujung Februari 2023.

Ladang-ladang di bahagian selatan pula kebanyakannya hanya diberi tempoh lanjutan separuh daripada itu, hingga akhir Julai 2022 kerana tanahnya diperlukan lebih awal untuk pembangunan semula.

Demikian menurut Lembaga Taman Negara (NParks), Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA)

Beberapa lanjutan tempoh pajakan sudahpun diberikan sepanjang tahun-tahun yang lalu selepas tanah tersebut diperuntukkan sebagai tapak gantian bagi penggunaan tentera.

"Meskipun tempoh lanjutan singkat boleh diberikan, terdapat keperluan mendesak untuk memulakan kerja-kerja bagi tapak latihan tentera untuk menggantikan tanah yang diambil untuk membina Bandar Baru Tengah," menurut agensi-agensi itu.

"Para petani dinasihatkan memanfaatkan baki tempoh pajakan mereka untuk menjalankan rancangan-rancangan pemindahan." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita