Skip to main content

Kewangan

60% syarikat S'pura sukar dapatkan pekerja di tengah kekangan bakat sejagat

60 peratus syarikat di Singapura menyatakan mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pekerja.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Jun 2021 08:19PM Dikemas Kini : 08 Jun 2021 09:32PM

SINGAPURA: 60 peratus syarikat di Singapura menyatakan mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pekerja.

Hampir separuh daripada kerja kosong yang sukar dipenuhi itu adalah bagi tugasan logistik dan operasi.

Laporan ManpowerGroup itu diterbitkan sedang jumlah bakat sejagat mencecah paras terendah dalam 15 tahun.

Para pakar berkata sesetengah pemohon kerja mungkin ada banyak pilihan kerja pada suku seterusnya, di mana kadar pengambilan kerja diramalkan meningkat.

Persaingan untuk mengambil pekerja menyebabkan jumlah kerja kosong di syarikat-syarikat logistik naik seganda.

Ini diburukkan lagi dengan penutupan sempadan negara.

Untuk mengatasi kekurangan pekerja, pihak syarikat terpaksa memanfaatkan teknologi.

Malah menurut tinjauan ke atas 600 syarikat, tugasan logistik dan operasi paling sukar untuk dipenuhi.

Menurut para pakar, para pekerja sekarang mahukan aturan kerja fleksibel serta peluang belajar dan bukan setakat gaji yang baik.

20 peratus syarikat yang sukar mendapatkan pekerja merangkumi semua industri termasuk binaan.

Namun mereka merancang untuk mengambil pekerja baru pada suku ketiga tahun ini.

Harapan terbaik pengambilan kerja adalah dalam sektor kewangan, insurans dan hartanah, yang mencecah paras tertinggi dalam masa enam tahun.

Ini terutamanya dirangsang oleh permintaan lebih tinggi bagi bakat IT seperti jurutera sofwe, sedang lebih banyak syarikat mendakapi pendigitalan.

Sumber : CNA/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita