Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

40 permohonan diterima bagi Dana Transformasi Kelompok Agro-Makanan

Sebuah dana bernilai S$60 juta untuk meningkatkan daya hasil dan kemampanan ladang-ladang tempatan sudah menerima hampir 40 permohonan sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Sep 2021 05:27PM Dikemas Kini : 17 Sep 2021 09:27PM

SINGAPURA: Sebuah dana bernilai S$60 juta untuk meningkatkan daya hasil dan kemampanan ladang-ladang tempatan sudah menerima hampir 40 permohonan sejauh ini.

Dana Transformasi Kelompok Agro-Makanan selama lima tahun dilancarkan pada April lalu.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkongsi perkembangan itu semasa pembukaan Sidang Puncak Keselamatan dan Kemampanan Makanan Global.

Beliau berkata Singapura sedang bekerjasama dengan negara-negara serantau dalam bidang keselamatan makanan dan penyelidikan.

Ini selain menggalak industri tempatan untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

"Bekalan makanan sejagat akan terus berdepan dengan pasang surut dan risiko disebabkan pelbagai cabaran termasuk penularan penyakit, pembangunan bandar dan perubahan iklim," kata Cik Fu.

"Huraian-huraian baru diperlukan untuk mendapat sumber makanan secara lebih mampan."

Sumber : CNA/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan