Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

20 aduan pelanggan difailkan terhadap Robinsons minta wang dikembalikan bagi tilam, baucar: CASE

CASE menambah bahawa pengguna yang terjejas dengan penutupan Robinsons dan tidak pasti dengan pilihan mereka boleh menghubungi persatuan itu untuk mendapatkan bantuan.

Anggaran Waktu Membaca:
20 aduan pelanggan difailkan terhadap Robinsons minta wang dikembalikan bagi tilam, baucar: CASE
Diterbitkan : 03 Nov 2020 08:07PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 08:21PM

SINGAPURA: Sebanyak 20 aduan dibuat terhadap Robinsons Singapore dalam tempoh tiga hari lalu, menurut Persatuan Pengguna Singapura (CASE) hari ini (3 Nov).

18 aduan difailkan antara 30 Oktober dengan 2 November oleh pelanggan yang meminta wang mereka dikembalikan bagi pembelian tilam yang masih belum diterima.

Baki dua lagi aduan melibatkan peraturan baru berhubung penggunaan baucar Robinsons yang kini hanya boleh digunakan jika nilai pembelian keseluruhan sekurang-kurangnya seganda daripada jumlah baucar.

Mereka meminta dikembalikan nilai baucar berjumlah S$100 dan S$320.

Robinsons mengumumkan pada Jumaat lalu bahawa syarikat itu akan menutup gedung berkenaan selepas 162 tahun bagi memulakan proses pembubaran baki dua cawangannya di The Heeren dan Raffles City.

Pengarah Eksekutif CASE Encik Loy York Jiun berkata: "Beberapa pengguna itu sudah membeli tilam pada bulan November atau Disember tahun lalu dan diberitahu bahawa tilam mereka tidak akan dihantar pada tarikh penghantaran yang dijadualkan kerana Robinsons sudah melalui pembubaran."

Selain itu, pengguna juga melaporkan bahawa pengeluar tilam itu tidak mahu membuat penghantaran kerana Robinsons belum membayar mereka bagi tilam-tilam tersebut.

Nilai kontrak tilam-tilam tersebut adalah antara S$2,299 hingga S$6,149, tambah Encik Loy.

CASE menambah bahawa pengguna yang terjejas dengan penutupan Robinsons dan tidak pasti dengan pilihan mereka boleh menghubungi persatuan itu untuk mendapatkan bantuan.

Sumber : Today/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan