Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

16,200 dapat kerja, peluang dalam sektor Media Infokom sejak Mac 2020

Menteri MCI Josephine Teo berkata pada Sabtu (14 Ogos), pengambilan siswa bagi bidang digital dan IT di Institut Pengajian Tinggi juga meningkat tiga kali ganda.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2021 05:00PM Dikemas Kini : 15 Aug 2021 12:22AM

SINGAPURA: Lebih 16,000 orang di Singapura telah mendapatkan kerja serta peluang pelatihan dalam sektor Infokom Media (ICM).

Semua itu hasil Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SG United yang dilancarkan pada Mac tahun lalu.

Sektor ICM juga telah menciptakan tambahan 8,000 pekerjaan untuk rakyat tempatan tahun lalu, iaitu peningkatan lima peratus berbanding 2019.

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata, kebanyakan peluang itu adalah menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat, terutama, gergasi teknologi seperti Google dan kumpulan SEA.

Menurut Cik Teo lagi, kemahiran digital juga diperlukan dalam sektor-sektor lain.

Oleh itu latihan dalam bidang tersebut perlu ditingkatkan.

Beliau menambah, pengambilan siswa bagi bidang digital dan IT di Institut-Institut Pengajian Tinggi (IHL) tempatan juga telah meningkat tiga kali ganda.

Mereka juga meraih manfaat daripada peluang latihan amali atau internship bersama syarikat-syarikat teknologi.

Ini dijangka dapat membantu menyediakan tenaga kerja yang diperlukan.  

Sumber : CNA/IQ/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan