Skip to main content

Kesihatan mental, peluang pekerjaan antara isu ditengahkan belia dalam sesi perbincangan

Kesihatan mental, peluang pekerjaan dan kemampanan alam sekitar merupakan isu-isu yang mendapat perhatian para belia yang mengambil bahagian dalam sesi perbincangan di bawah Pelan Bertindak Belia Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Kesihatan mental, peluang pekerjaan antara isu ditengahkan belia dalam sesi perbincangan

(Gambar: MCCY)

Diterbitkan : 29 May 2020 05:16PM Dikemas Kini : 29 May 2020 05:19PM

SINGAPURA: Kesihatan mental, peluang pekerjaan dan kemampanan alam sekitar merupakan isu-isu yang mendapat perhatian para belia yang mengambil bahagian dalam sesi perbincangan di bawah Pelan Bertindak Belia Singapura.

Inisiatif itu, yang dirintis oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Mei 2019, melibat 14 pemimpin belia, termasuk pengerusi bersama Menteri Negara Kanan MCCY, Sim Ann dan CEO Kumpulan syarikat Timbre, Encik Edward Chia.

Matlamatnya adalah untuk melibatkan penyertaan rakyat muda Singapura dalam membentuk visi mereka untuk negara, dan membangunkan rancangan untuk belia, pertubuhan masyarakat dan perniagaan.

Berucap kepada media pada Rabu (27 Mei), Cik Sim menggariskan kemajuan yang dibuat Pelan Bertindak Belia SG sepanjang tahun lalu.

Laporan itu akan dibentangkandalam sidang puncak digital Cabaran Bertindak Belia dari 13 Jul hingga 19 Jul.

12 kumpulan akan membentangkan insiatif mereka sendiri, berpandukan tema-tema utama hasil daripada sesi-sesi perbincangan yang diadakan.

Sidang puncak itu sepatutnya diadakan pada April, namun ditangguh akibat langkah pemutus jangkitan COVID-19.

Meskipun demikian, Cik Sim berkata ini memberi para belia peluang untuk mengemaskini projek masing-masing dengan mengambil kira situasi virus korona.

KESIHATAN MENTAL DAN PEKERJAAN

Berkenaan topik kesihatan mental, Encik Chia berkata panel itu berjaya meraih sokongan dari segi latihan sokongan bagi rakan sebaya.

Cik Sim menekankan bahawa isu kesihatan mental mendapat tempat kedua berdasarkan kebimbangan peserta ditengah-tengah pandemik COVID-19 dengan kebimbangan utama mereka adalah peluang berinteraksi bersama rakan-rakan.

Pelan Bertindak Belia SG akan mempunyai laman khas yang baru termasuk halaman mengenai COVID-19, menurut Encik Chia.

Satu lagi bidang tumpuan adalah untuk menggalak pementoran dalam kalangan belia sebagai satu cara untuk memperkasakan golongan itu agar mencapai potensi masing-masing. Ini akan dilakukan menerusi program memadankan belia dengan mentor, karyawan industri dan peluang pekerjaan.

Menurut Cik Sim budaya yang menggalak pementoran semakin mendapat perhatian memandangkan "cara tradisional" mencari pekerjaan sudah berubah disebabkan oleh penularan virus korona. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita