Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes positif COVID-19 seluruh dunia kini 257.5 juta; kematian lebih 5.15 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 257,495,071 berikutan lebih 600,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes positif COVID-19 seluruh dunia kini 257.5 juta; kematian lebih 5.15 juta

Para doktor di India. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Nov 2021 09:39AM Dikemas Kini : 22 Nov 2021 09:43AM

WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 257,495,071 berikutan lebih 600,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaru Universiti John Hopkins, menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal sebagai negara paling terjejas dengan lebih 47.7 juta kes, lapor Astro Awani.

Ini diikuti India dengan lebih 34.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.

United Kingdom dan Rusia kini mencatat lebih 9 juta kes, manakala Turki memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.

Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 252,000 kes.

Sementara itu, Astro Awani melaporkan angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.15 juta.

Berdasarkan data Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 771,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 612,000 kes, India lebih 465,000 kes, Mexico lebih 292,000 kes.

Sementara Rusia kini mencatatkan lebih 259,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 99,000 kes adalah Jerman, sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 46,000, diikuti Malaysia dengan 30,000 kes, lapor Astro Awani. 

Manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan