Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes positif COVID-19 sejagat hampir 262 juta; angka korban 5.2 juta

Bilangan keseluruhan kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 262 juta selepas lebih 400,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes positif COVID-19 sejagat hampir 262 juta; angka korban 5.2 juta

Gambar: AFP

Diterbitkan : 30 Nov 2021 08:21AM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 08:23AM

WASHINGTON: Bilangan keseluruhan kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 262 juta selepas lebih 400,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaru Universiti John Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 48.3 juta kes.

Ia diikuti India dengan lebih 34.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.

Britain pula mencatatkan lebih 10 juta kes dan Rusia kini mempunyai lebih 9 juta kes manakala Turki pula semakin menghampiri jumlah tersebut.

Sementara itu, Perancis mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ia diikuti oleh Filipina yang mencatatkan lebih 2.8 juta kes, Malaysia merekodkan lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.

Singapura pula mempunyai lebih 263,000 kes.

Dalam pada itu, jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.2 juta.

Berdasarkan data Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi, melebihi 777,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 614,000 kes, India lebih 468,000 kes dan Mexico lebih 293,000 kes.

Sementara Rusia kini mencatatkan lebih 268,000 kematian.
Britain, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 88,000 kes adalah Sepanyol.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului angka korban dengan lebih 143,000 kes.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 48,000, diikuti Malaysia dengan 30,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 20,000 kematian.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan