Kes pertama virus COVID-19 di kem pelarian Palestin di Lubnan: PBB
Sebuah kem pelarian Palestin di Lubnan dikenakan sekatan pergerakan pada Rabu (22 Apr) setelah PBB mengesahkan kes pertama virus korona di salah sebuah daripada banyak kem yang sesak di negara itu.
(Gambar: AFP)
BEIRUT: Sebuah kem pelarian Palestin di Lubnan dikenakan sekatan pergerakan pada Rabu (22 Apr) setelah PBB mengesahkan kes pertama virus korona di salah sebuah daripada banyak kem yang sesak di negara itu.
Pesakit itu, seorang pelarian warga Palestin dari Syria, sudah dibawa ke hospital Rafic Hariri di Beirut, menurut agensi PBB bagi pelarian warga Palestin, UNRWA.
Para pakar perubatan mengunjungi kem Wavel di timur Lembah Bekaa pada Rabu untuk menjalankan ujian, menurut agensi berita rasmi Lubnan, NNA.
Ujian ditumpukan kepada anggota keluarga wanita itu dan orang-orang yang telah berhubung rapat dengannya, serta 50 orang lain yang dipilih secara rambang "dalam kem itu dan persekitarannya."
Di dalam sebuah klinik, seorang jururawat yang memakai peralatan perlindungan peribadi melaksanakan ujian swab hidung terhadap seorang lelaki, kata seorang wartawan AFP.
Dengan kerjasama pasukan keselamatan Lubnan, puak Palestin yang bertanggunjawab atas keselamatan telah menguatkuasakan sekatan di kem itu, sekali gus menghalang sebarang pergerakan keluar atau masuk, menurut laporan NNA.
Seorang anggota daripada jawatankuasa popular yang tinggal di kem itu memberitahu AFP bahawa semua kedai sudah ditutup.
Lubnan mengumumkan secara rasmi 682 jangkitan termasuk 22 kematian di seluruh negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.