Skip to main content

Kes harian COVID-19 M'sia terus merosot

Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan dengan 4,979 kes baru dilaporkan setakat 12.00 tengah hari ini (31 Okt), berbanding 5,854 kes semalam (30 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes harian COVID-19 M'sia terus merosot

Gambar: AFP

Diterbitkan : 31 Oct 2021 08:51PM Dikemas Kini : 31 Oct 2021 08:53PM

KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan dengan 4,979 kes baru dilaporkan setakat 12.00 tengah hari ini (31 Okt), berbanding 5,854 kes semalam (30 Okt).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terkini itu menjadikan kumulatif kes baru kini 2,471,642.

Katanya, daripada jumlah kes baru hari ini, hanya 85 kes atau 1.7 peratus melibatkan kategori tiga, empat dan lima, manakala baki 4,894 kes atau 98.3 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Daripada jumlah kes baru itu, 23 kes adalah kes import manakala 4,956 kes melibatkan penularan tempatan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata bagi kes sembuh, sebanyak 6,127 kes dilaporkan, mengatasi kes baharu dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih COVID-19 kini 2,374,761.

Selain itu, terdapat 562 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 326 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata sebanyak enam kelompok baru sudah dikenal pasti membabitkan masing-masing dua kelompok pendidikan tinggi dan komuniti serta masing-masing satu kluster pendidikan lain dan tempat kerja.

Menurut Dr Noor Hisham, kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara semalam pula ialah 0.96 dengan Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur mencatat kadar Rt tertinggi iaitu 1.02 manakala Labuan satu-satunya kawasan mencatatkan kadar kebolehjangkitan sifar.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita