Skip to main content

Kes COVID-19 S'pura jangkaui 3,000; 334 kes baru sedang keadaan terus 'kritikal'

Singapura melaporkan 334 kes baru COVID-19 pada Selasa (14 Apr), membawa jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 3,252. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Apr 2020 08:25PM Dikemas Kini : 14 Apr 2020 10:05PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 334 kes baru COVID-19 pada Selasa (14 Apr), membawa jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 3,252.

Tiada satu pun kes baru itu merupakan kes import.

Sebanyak 189 daripada kes baru itu terkait kelompok yang sudahpun dikenal pasti sebelum ini dan lagi 23 pula mempunyai kaitan dengan kes-kes tempatan lain.

Sejumlah 122 kes masih tidak menunjukkan sebarang kaitan dan sedang menunggu hasil pengesanan kontak. Daripada jumlah itu, 24 melibatkan warga Singapura manakala bakinya adalah pemegang pas jangka panjang.

Setakat ini, sembilan pesakit sudah meninggal dunia daripada komplikasi akibat COVID-19.

Di satu sidang media yang diadakan hari ini, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata bahawa rata-rata, rakyat Singapura memandang serius terhadadp langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 namun negara ini tidak boleh bersikap berpeluk tubuh.

Encik Gan, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian yang ditubuhkan untuk menangani keadaan COVID-19, berkata: "Kita masih dalam keadaan kritikal, jumlah kes meningkat kebelakangan ini".

Beliau menekankan bahawa jumlah kes pada Isnin sebanyak 386 adalah yang tertinggi dicatatkan dalam tempoh 24 jam sejauh ini.

Encik Gan menambah bilangan kes dalam kalangan pekerja asing, terutamanya di dormitori, melonjak kepada sekitar 200 kes setiap hari sehingga menjangkau kira-kira 300 kes pada Isnin.

"Peningkatan ini berkemungkinan berterusan sedang kami melakukan lebih banyak ujian di dormitori. Penularan di dormitori pekerja asing menjadi bahagian penting dalam usaha memerangi COVID-19," katanya.

Sebilangan besar kes COVID-19 di Singapura baru-baru ini terkait dengan dormitori pekerja asing.

Lapan dormitori sudahpun diwartakan sebagai kawasan pengasingan, bermakna para penghuni perlu menjalani kuarantin di bilik-bilik mereka.

Singapura sudahpun menguatkuasakan langkah-langkah jarak selamat lebih ketat dalam tempoh yang dipanggil "circuit breaker" untuk membendung penularan COVID-19. Langkah-langkah itu - termasuk penutupan sekolah dan tempat kerja tidak penting - berkuat kuasa selama sebulan sehingga 4 Mei. SINGAPURA: Singapura melaporkan 334 kes baru COVID-19 pada Selasa (14 Apr), membawa jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 3,252. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita