Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes COVID-19 naik di wilayah Victoria; perintah berkurung mungkin dilanjutkan

Wilayah Victoria di Australia menyaksikan lonjakan dalam kes baru tempatan COVID-19 hari ini (1 Sep), sedang pemerintah bersiap sedia untuk melanjutkan perintah berkurung ketat bagi membendung penularan varian Delta. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kes COVID-19 naik di wilayah Victoria; perintah berkurung mungkin dilanjutkan

Suasana di wilayah Victoria pada hari pertama perintah berkurung dalam usaha membendung penularan COVID-19 di Melbourne, Australia, pada 16 Julai 2021. (Gambar: Sandra Sanders/REUTERS)

Diterbitkan : 01 Sep 2021 10:20AM Dikemas Kini : 01 Sep 2021 10:22AM

SYDNEY: Wilayah Victoria di Australia menyaksikan lonjakan dalam kes baru tempatan COVID-19 hari ini (1 Sep), sedang pemerintah bersiap sedia untuk melanjutkan perintah berkurung ketat bagi membendung penularan varian Delta.

Perintah berkurung itu dijadual berakhir esok (2 Sep) tetapi Perdana Menteri Daniel Andrews memberi amaran tentang kemungkinan melanjutkannya memandangkan jumlah kes jangkitan terus meningkat.

Sebanyak 120 kes baru tempatan dikesan di Victoria hari ini, naik daripada 76 kes sehari sebelumnya. Daripada kes baru itu, 56 tidak berhubung kait dengan mana-mana kes jangkitan dalam penularan semasa.

Para pegawai di Victoria, termasuk Melbourne, berikrar untuk melonggarkan beberapa sekatan jika bilangan kes kekal rendah dan kadar vaksinasi meningkat.

Satu mesyuarat menteri-menteri kanan negara yang diadakan semalaman membincangkan jika perintah berkurung sebelah malam boleh digugurkan dan taman-taman permainan dibuka sekiranya tiada lonjakan pada kes, lapor Australian Broadcasting Corp tanpa menukil sumber.

Wilayah New South Wales (NSW), iaitu wilayah terletaknya bandar terbesar Australia, Sydney, juga bergelut dengan penularan Delta walaupun menjalani perintah berkurung lebih dua bulan. Jumlah kes mencecah 1,000 di wilayah itu sepanjang empat hari lalu.

Para pegawai NSW berkata perlindungan vaksinasi yang tinggi adalah kunci kepada kebebasan. Sejauh ini, 37 peratus orang berusia 16 tahun dan ke atas di wilayah itu sudahpun lengkap divaksin. Sebelum ini, pihak berkuasa berikrar melonggarkan beberapa sekatan apabila kadar vaksinasi mencapat 70 hingga 80 peratus.

Walaupun berlaku lonjakan pada kes baru-baru ini, Australia berjaya mengawal jumlah kes koronavirus pada tahap agak rendah dengan hampir 54,000 kes dan 1,008 kematian.

Dalam usaha untuk meningkatkan bekalan, yang menjadi salah satu kekangan utama ke atas pelancaran vaksin - Australia mengadakan perjanjian penukaran vaksin dengan Singapura pada Selasa (30 Ogos) bagi 500,000 dos Pfizer yang akan tiba tidak lama lagi.

Pemerintah juga membeli sekitar satu juta dos kecemasan daripada Poland.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan