Kes COVID-19 di Sydney meningkat meski sekatan pergerakan dikuat kuasa
Negeri yang paling padat penduduk di Australia kini bergelut dengan pertambahan kes jangkitan COVID-19 meskipun sekatan pegerakan dikuat kuasa.

(படம்: Reuters/Loren Elliott)
SYDNEY: Negeri yang paling padat penduduk di Australia kini bergelut dengan pertambahan kes jangkitan COVID-19 meskipun sekatan pegerakan dikuat kuasa.
Sydney, yang memasuki minggu keempat sekatan pergerakan, menyaksikan New South Wales (NSW) melaporkan 97 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 24 jam pada Khamis (15 Jul).
Jumlah tersebut menjadikan kes terkumpul mencecah 1,026, lapor Xinhua.
Ketua Menteri NSW Gladys Berejiklian meluahkan kebimbangan terhadap 29 kes yang dikesan dalam masyarakat dan mengingatkan penduduk kemungkinan kes akan terus meningkat pada hujung minggu.
"Saya menjangkakan kes akan terus meningkat kerana dalam tempoh 24 jam lalu, sekurang-kurangnya 29 dari 97 kes membabitkan penularan tempatan. Pastinya jumlah kes akan meningkat dan ia bukanlah sesuatu yang kita mahukan," ujar beliau.
Cik Berejiklian berkata pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk "mengenakan langkah pencegahan lebih ketat” jika sekatan sedia ada gagal membendung peningkatan kes.
Sementara itu, negeri Victoria pada Jumaat (16 Jul) melaporkan 10 kes baru melibatkan penularan tempatan pada hari pertama sekatan pergerakan di bandar raya Melbourne.
"Anda hanya ada satu peluang untuk bertindak lebih tegas dan cepat. Jika masih menanti dan teragak-agak, anda akan ketinggalan ke perlu mara ke depan dengan lebih pantas," kata Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews.
Melbourne bakal berdepan sekatan pergerakan lebih ketat berbanding Sydney.
Victoria pada Jumaat mengumumkan bantuan kewangan sebanyak A$200 juta (S$201 juta)) yang diluluskan pemerintah pusat untuk membantu perniagaan terjejas akibat sekatan itu.
Queensland di utara NSW dan Victoria pada Jumaat mengisytiharkan Victoria sebagai kawasan penularan wabak COVID-19 dan menutup sempadan.
Pihak berkuasa Queensland turut mengesan dua kes varian Delta di tenggara negeri itu serta memberi amaran terhadap penduduk untuk mengambil “langkah berjaga-jaga”.
Pemerintah pada Khamis melanjutkan tempoh sekatan termasuk pemakaian pelitup di tenggara Queensland selama seminggu lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.