Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes baru kembali dua angka; kes sembuh catat 80% di M'sia

 Jumlah jangkitan kes baru COVID-19 yang dilaporkan hari ini (5 Jun) kembali turun kepada dua angka, iaitu 19 kes dengan sembilan kes melibatkan warga Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru kembali dua angka; kes sembuh catat 80% di M'sia

Sepasang penduduk di Kuala Lumpur, Malaysia memakai pelitup muka pada 9 Mac 2020 di tengah penularan COVID-19 (Gambar: REUTERS/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 05 Jun 2020 06:53PM Dikemas Kini : 05 Jun 2020 06:57PM

PUTRAJAYA: Jumlah jangkitan kes baru COVID-19 yang dilaporkan hari ini (5 Jun) kembali turun kepada dua angka, iaitu 19 kes dengan sembilan kes melibatkan warga Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, terdapat satu kes kematian hari ini selepas 13 hari berturut-turut tiada kes kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 116 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, katanya.

Dr Noor Hisham berkata daripada 19 kes baru, tujuh daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warga manakala sembilan kes membabitkan warga Malaysia.

"Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,266 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya di sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 hari ini.

Kes yang sudah pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini adalah 51 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes yang sudah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 6,610 kes iaitu 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan