Kes baru COVID-19 M'sia susut sedikit kepada 18,815
Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (16 Sep) mencatat sedikit penurunan dengan 18,815 kes dilaporkan setakat 12.00 tengah hari tadi berbanding 19,495 kes semalam.
Orang ramai beratur untuk menjalani ujian COVID-19 di Seri Kembangan, Malaysia, pada 12 Jul 2021. (Gambar fail: Lim Huey Teng/REUTERS)
KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (16 Sep) mencatat sedikit penurunan dengan 18,815 kes dilaporkan setakat 12.00 tengah hari tadi berbanding 19,495 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkongsi di platform media sosialnya perkembangan terbaru ini yang menjadikan jumlah terkumpul kes kini sebanyak 2,049,750.
Menurut beliau, Sarawak kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 3,660 kes, disusuli Selangor (2,718) dan Johor dengan 2,206 kes.
Lima negeri pula melaporkan kes baru melebihi 1,000 iaitu Sabah dengan 1,982 kes, Pulau Pinang (1,777), Perak (1,446), Kedah (1,233) dan Kelantan (1,222).
Negeri-negeri lain yang merekodkan kes di bawah empat angka adalah Terengganu (814), Pahang (712), Kuala Lumpur (493), Melaka (269), Negeri Sembilan (170), Perlis (80) dan Putrajaya (22) manakala Labuan kembali merekodkan kes baru dengan sebanyak 11 kes.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam adalah 81 peratus daripada 1,579 katil manakala katil bukan ICU sebanyak 71 peratus daripada 17,155 katil.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.