Skip to main content

Kes baru COVID-19 M'sia jatuh lagi buat hari kedua kepada 19,057

Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (4 Sep) merosot kepada 19,057 berbanding 19,378 kes semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 M'sia jatuh lagi buat hari kedua kepada 19,057

Para pelanggan di sebuah pasar di Kuala Lumpur. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 04 Sep 2021 05:20PM Dikemas Kini : 04 Sep 2021 05:22PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (4 Sep) merosot kepada 19,057 berbanding 19,378 kes semalam.

Melalui catatan di Facebook dan Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah terkumpul kes COVID-19 kini sebanyak 1,824,439.

Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,775 kes, diikuti oleh Sarawak (2,723), Sabah (2,279), Johor (2,077), Pulau Pinang (1,558), Perak (1,450), Kelantan (1,434) dan Kedah (1,329).

Sementara itu, Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 711 kes, Terengganu (605), Pahang (410), Melaka (338), Negeri Sembilan (242), Perlis (99), Putrajaya (18) dan Labuan sembilan kes.

Mengenai status terkini kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 setakat 5.00 petang semalam, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 71 peratus melibatkan katil bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 87 peratus adalah katil ICU.

Bagi peratusan jumlah terkumpul pemberian dos vaksin COVID-19 setakat semalam pula, sebanyak 62 peratus daripada penduduk keseluruhan sudahpun menerima dos pertama manakala 47.8 peratus lagi lengkap menerima suntikan vaksin.

Mengikut penduduk dewasa pula, beliau berkata sebanyak 86.6 peratus sudahpun menerima dos pertama dan 66.7 peratus lengkap divaksin. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita