Skip to main content

Kes baru COVID-19 di Malaysia turun kepada 17,672

Kes harian COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan apabila sebanyak 17,672 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di Malaysia turun kepada 17,672

Orang ramai beratur untuk menjalani ujian COVID-19 di Seri Kembangan, Malaysia, pada 12 Jul 2021. (Gambar fail: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 23 Aug 2021 04:36PM Dikemas Kini : 23 Aug 2021 04:41PM

KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan apabila sebanyak 17,672 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam Malaysia mencatat 19,807 kes baru manakala pada Sabtu 22,262 kes.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Facebooknya pada Isnin (23 Ogos) , Dr Noor Hisham berkata dengan pertambahan kes hari ini, jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini kini 1,572,765.

Beliau berkata walaupun Selangor masih mencatat jumlah kes paling tinggi, bilangan kes di negeri itu menunjukkan penurunan dengan 4,316 kes baru dilapor dalam tempoh 24 jam lepas berbanding lebih 5,000 kes sebelum ini.

Negeri-negeri lain yang mencatat kes melebihi 1,000 adalah Sabah (2,474), Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

Perak pula mencatat 952 kes, Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh).

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita