Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes baru COVID-19 di Malaysia terus merosot, 5,097 dilaporkan

Kes baru COVID-19 di Malaysia terus mencatat penurunan kepada angka 5,097 kes berbanding 5,501 semalam. Ini menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara itu sebanyak 2,619,577, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini (27 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di Malaysia terus merosot, 5,097 dilaporkan

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2021 07:53PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 07:55PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia terus mencatat penurunan kepada angka 5,097 kes berbanding 5,501 semalam. Ini menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara itu sebanyak 2,619,577, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini (27 Nov).

Beliau berkata nilai Rt kebangsaan juga terus menunjukkan penurunan kepada 0.97 hari ini berbanding 0.99 semalam.

“Daripada jumlah kes baru yang direkodkan, 5,080 merupakan kes jangkitan tempatan manakala baki 17 adalah kes import,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan situasi COVID-19 hari ini.

Memperincikan lanjut, Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes baru yang dicatatkan itu, hanya 84 merupakan kategori tiga, empat dan lima manakala 5,013 kes adalah kategori satu dan dua.

Dalam pada itu, beliau berkata kes sembuh mencatat 5,352 kes menjadikan keseluruhan kes yang sudah pulih sebanyak 2,522,045.

Dr Noor Hisham berkata 423 kes pula dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 171 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak lapan lagi kelompok juga dikesan hari ini dengan terdapat 234 kelompok masih aktif di seluruh negara, tambah beliau. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan