Skip to main content

Kes baru COVID-19 di Malaysia kembali meningkat; lebih 21,000 kes dicatat menghampiri 2 juta keseluruhan

Kes baru COVID-19 yang dilaporkan di seluruh Malaysia pada Jumaat (10 Sep)naik sedikit iaitu 21,176 kes berbanding 19,307 kes semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di Malaysia kembali meningkat; lebih 21,000 kes dicatat menghampiri 2 juta keseluruhan

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 10 Sep 2021 04:16PM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 04:18PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 yang dilaporkan di seluruh Malaysia pada Jumaat (10 Sep)naik sedikit iaitu 21,176 kes berbanding 19,307 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini sebanyak 1,940,950 kes.

Sarawak masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,734 diikuti Selangor 3,595, Johor (2,297), Sabah (2,246), Pulau Pinang (1,939), Kedah (1,808), Perak (1,366), Kelantan (1,254) dan Pahang (853).

"Terengganu pula mencatatkan 776 kes, Melaka (485), Kuala Lumpur (467), Negeri Sembilan (252), Perlis (77), Putrajaya (21) dan Labuan (6)," katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam ialah 82 peratus atau 1,590 manakala katil bukan ICU ialah 77 peratus  (17,493).

Sumber : Bernama/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita