Skip to main content

Iklan

Iklan

Kes baru COVID-19 di M'sia turun sedikit kepada 6,355

Kes baru COVID-19 hari ini (19 Nov) menurun sedikit kepada 6,355 kes berbanding 6,380 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di M'sia turun sedikit kepada 6,355

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 19 Nov 2021 09:42PM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 09:43PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 hari ini (19 Nov) menurun sedikit kepada 6,355 kes berbanding 6,380 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu sebanyak 98.2 peratus atau 6,240 kes adalah daripada kategori satu dan dua, manakala 115 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Kes sembuh pula mencatatkan 5,031 kes, menjadikan kumulatif kes yang pulih daripada jangkitan kini berjumlah 2,477,314, manakala 10 kelompok baru dikenal pasti dengan menjadikan kelompok aktif kini 246.

“Sebanyak 542 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 268 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau turut memaklumkan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini adalah 1.02, dengan Kuala Lumpur mencapai Rt tertinggi iaitu 1.09 diikuti Negeri Sembilan (1.07) dan Putrajaya serta Kelantan masing-masing 1.06.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12.00 tengah malam setiap hari.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan