Skip to main content

Kes baru COVID-19 di M'sia susut kepada 19,268

Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (30 Ogos) turun kepada 19,268 kes selepas enam hari berturut-turut melebihi 20,000 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru COVID-19 di M'sia susut kepada 19,268

Orang ramai beratur untuk menjalani ujian COVID-19 di Seri Kembangan, Malaysia, pada 12 Jul 2021. (Gambar fail: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 30 Aug 2021 05:51PM Dikemas Kini : 30 Aug 2021 05:53PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (30 Ogos) turun kepada 19,268 kes selepas enam hari berturut-turut melebihi 20,000 kes.

Malaysia sebelum ini melaporkan kes harian melebihi 20,000 kes dari 24 Ogos hingga 29 Ogos dengan kes harian tertinggi sebanyak 24,599 kes pada 26 Ogos.

Melalui catatan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di Malaysia kini mencecah 1.72 juta. 

“Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 3,567 kes diikuti Sabah (2,310), Johor (2,265), Kedah (2,084) dan Sarawak (2,028),” katanya. 

Beliau menambah sebanyak tiga negeri mencatatkan kes melebihi 1,000 iaitu Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308) dan Perak (1,144) manakala negeri yang melaporkan kes tiga angka ialah Pahang (788), Kuala Lumpur (672), Terengganu (544), Melaka (395) dan Negeri Sembilan (269). 

Perlis pula merekodkan 71 kes, Putrajaya (41) dan Labuan (2).

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita