Kes baru COVID-19 di Australia jangkaui 1,000 buat pertama kali
Wilayah New South Wales yang paling teruk terjejas oleh jangkitan COVID-19 di Australia melanjutkan sekatan selepas lebih 1,000 lagi kes baru dicatatkan - iaitu rekod baru jumlah harian.

Para penumpang di Central Station di Sydney, Australia. (Gambar fail: REUTERS)
SYDNEY: Wilayah New South Wales yang paling teruk terjejas oleh jangkitan COVID-19 di Australia melanjutkan sekatan selepas lebih 1,000 lagi kes baru dicatatkan - iaitu rekod baru jumlah harian.
Sekatan-sekatan pergerakan lebih ketat kini akan dilanjutkan sehingga 10 September.
Tiga lagi kematian pesakit koronavirus itu dilaporkan di New South Wales dengan kesemuanya belum lagi divaksin.
Namun bagi mereka yang sudah divaksin, kelonggaran bakal diperkenalkan pada 13 September.
Mereka yang sudah lengkap kedua-dua dos vaksin COVID-19 akan dibenarkan berkumpul di luar untuk tujuan rekreasi.
Namun, mereka dari lokasi berisiko tinggi di bandar Sydney hanya boleh berbuat demikian selama sejam dan tidak melebihi lima kilometer dari rumah masing-masing.
Bagaimanapun, tiada had masa bagi mereka yang sudahpun lengkap vaksinasi.
Menurut Perdana Menteri New South Wales, pihak berkuasa mahu menyampaikan mesej tentang pentingnya divaksinasi untuk menikmati kelonggaran sekatan.
Cik Gladys Berejiklian juga menegaskan vaksin koronavirus itu berkesan dan genting bagi menangani kes COVID-19 serta menjadi laluan kepada pembukaan semula kegiatan ekonomi di wilayah Australia itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.