Skip to main content

Iklan

Iklan

Kerja cantas, senggara pokok dipertingkat sedang peraturan 'circuit breaker' dilonggarkan

Lembaga Taman Negara (NParks) akan mempertingkatkan kerja mencantas pokok-pokok secara bertahap-tahap selepas tempoh 'circuit breaker' bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dilonggarkan, kata Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Negara Sun Xueling hari ini (5 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kerja cantas, senggara pokok dipertingkat sedang peraturan 'circuit breaker' dilonggarkan

(Gambar: Chew Hui Min)

Diterbitkan : 06 Jun 2020 12:23AM Dikemas Kini : 06 Jun 2020 12:27AM

SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) akan mempertingkatkan kerja mencantas pokok-pokok secara bertahap-tahap selepas tempoh 'circuit breaker' bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dilonggarkan, kata Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Negara Sun Xueling hari ini (5 Jun).

Kerja-kerja penyenggaraan sedemikian adalah perlu demi kesihatan dan keselamatan orang awam, tambah Cik Sun.

"Sebagai contoh, rumput panjang boleh menyembunyikan sampah sarap sehingga menyebabkan operasi mengawal denggi lebih sukar dan sulit. Ia juga boleh menimbulkan risiko berlaku kebakaran jika terdedah terlalu lama kepada cuaca kering."

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Dr Walter Theseira yang bertanya kepada Kementerian Pembangunan Negara (MND) sama ada kerja-kerja penyenggaraan seumpama itu yang dikurangkan boleh mengurangkan perbelanjaan awam, keperluan tenaga kerja asing dan meningkatkan biodiversiti.

Cik Sun menegaskan bahawa sekalipun sebelum tempoh pemutus rantaian jangkitan, NParks memang sudah "bertanam secara semula jadi" di beberapa kawasan sepanjang jalan raya dan laluan awam.

Ini termasuk Laluan Alam Semula Jadi iaitu laluan-laluan di mana pokok-pokok ditanam mengikut rangka hutan semula jadi. Terdapat 24 laluan sedemikian di Singapura sepanjang 100km secara keseluruhannya.

Katanya lagi, langkah-langkah tersebut memanfaatkan alam sekitar dan biodiversiti, di samping mengurangkan kekerapan kerja-kerja penyenggaraan. Dalam pada itu, Cik Sun turut mendedahkan bahawa NParks akan terus mengenal pasti lebih banyak tapak untuk diuruskan sebagai landskap semula jadi dan menyediakan lebih banyak Laluan Alam Semula Jadi.  

Sumber : CNA/SM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan