Skip to main content

Iklan

Iklan

Keperluan golongan emas, mewujudkan pekerjaan antara tumpuan PAP di GRC Bishan-Toa Payoh

Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) GRC Toa Payoh- Bishan, yang diterajui Encik Ng Eng Hen, berkongsi rancangan mereka bagi kawasan undi itu dengan tumpuan diberikan kepada memastikan keperluan warga emas terpelihara, mewujudkan pekerjaan, dan meningkatkan bantuan kepada keluarga berisiko.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) GRC Toa Payoh- Bishan, yang diterajui Encik Ng Eng Hen, berkongsi rancangan mereka bagi kawasan undi itu dengan tumpuan diberikan kepada memastikan keperluan warga emas terpelihara, mewujudkan pekerjaan, dan meningkatkan bantuan kepada keluarga berisiko.

Memberi perinciannya dalam satu sesi dialog Khamis malam (2 Jul), Encik Ng berkata kemudahan-kemudahan bagi warga emas akan dipertingkatkan lagi agar mereka dapat meniti usia senja dengan lebih selesa.

Sesi dialog selama sejam itu turut dihadiri Encik Chee Hong Tat, Encik Chong Kee Hiong dan Encik Saktiandi Supaat, semuanya bertanding bersama di GRC Bishan Toa-Payoh pada 2015.

BANTUAN BAGI WARGA EMAS DIPERTINGKAT

Bandar Toa Payoh merupakan antara bandar tertua di Singapura manakala kawasan Bishan pula dibina lebih 30 tahun lalu.

GRC Bishan-Toa Payoh mempunyai lebih 190,000 penduduk dengan 40 peratus bakal mencecah usia 60 tahun menjelang 2030 yakni antara yang tertinggi dalam sesebuah GRC.

Maka itu, memastikan kesihatan dan kesejahteraan penduduk menjadi lebih genting lagi, kata Encik Ng.

Sebanyak 122 sudut kecergasan warga emas katanya dibangunkan dalam lingkungan 400 meter dari setiap blok HDB di estet Bishan-Toa Payoh bagi menggalak penuaan aktif.

Encik Saktiandi Supaat menambah pasukan PAP di kawasan undi itu sudah mewujudkan sekitaran yang lebih bertenaga dan prihatin. Beliau memberi contoh semangat masyarakat yang kuat untuk menolong warga emas melalui program seperti 10 Hot Meals.

Program tersebut memberi bantuan makanan kepada warga emas yang tinggal sendirian di flat 2 dan 3 bilik.

Lebih 10 penjaja katanya menyokong program agihan makanan tersebut.

PELUANG PEKERJAAN LEBIH BAIK BAGI PENDUDUK

Dalam sesi dialog itu juga, pasukan tersebut mengumumkan GRC Bishan-Toa Payoh akan bekerjasama dengan Workforce Singapore (WSG) untuk menubuhkan dua pusat pekerjaan dan kemahiran SG United.

Encik Chee Hong Tat menegaskan mempunyai pekerjaan adalah cara penting untuk memenuhi harapan penduduk terutamanya di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang.

Justeru penting bagi penduduk GRC itu menimba kemahiran atau ilmu pengetahuan baru.

Selain itu, kata Encik Saktiandi ialah usaha untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

"Pekerjaan, pekerjaan, pekerjaan. Dari segi pemerintah, banyak bantuan dan pertolongan akan dikelolakan. Dari segi lokal di GRC Bishan Toa Payoh, kita telah melancarkan aplikasi 'Cari Kerja," katanya

SOKONG GOLONGAN BERISIKO

Pelbagai cara juga akan dilaksanakan bagi menjaga kesejahteraan penduduk yang paling mudah terjejas.

Encik Saktiandi memberi contoh 'Kelas Matematika' di Bishan-Toa Payoh yang dianjurkan bersama MENDAKI dan MAEC yang turut melibatkan ibu bapa dalam kelas-kelas tersebut.

"Apabila ibu bapa terlibat, ia akan dapat meningkatkan pembelajaran anak-anak," kata Encik Saktiandi.

Beliau juga berkongsi inisiatif 'MAEC Cares' yang memberi bantuan kepada keluarga-keluarga berisiko dalam waktu-waktu sukar.

Inisiatif itu sudah dijalankan selama tiga tahun dan akan teruskan sebagai usaha mendampingi masyarakat bagi mewujudkan masyarakat prihatin dan bersatu padu.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan