Skip to main content

Iklan

Iklan

Kempen Sentuhan Ramadan dilancar; Masagos harap mesej sebar Rahmah dapat diperluaskan

Kempen Sentuhan Ramadan tahun ini memberi tumpuan kepada usaha menyebarkan sifat ihsan dalam kehidupan berjiran dan bermasyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kempen Sentuhan Ramadan tahun ini memberi tumpuan kepada usaha menyebarkan sifat ihsan dalam kehidupan berjiran dan bermasyarakat.

Berteraskan tema ‘Sebarkan Rahmah: Ramadan Bersama Jiran. Raikan Bersama Keluarga dan Masyarakat’, kempen tahun ini memberi tumpuan kepada memperkukuh iman, bersikap penyayang kepada semua dan mendakap kepelbagaian.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkata demikian di acara pelancaran kempen itu di Wisma Geylang Serai hari ini (4 Mei).

Beliau menambah bahawa usaha tersebut akan disebarkan menerusi pelbagai program di bawah kerjasama rangkaian M³ - MUIS, MENDAKI, MESRA.

Semasa pelancaran itu, Mufti Negara Dr Md Fatris Bakaram menyentuh tentang hikmah Ramadan dan peri pentingnya menggalak nilai-nilai murni dan mengukuhkan ikatan silaturahmi dalam satu tazkirah yang disampaikan beliau.

Mesej yang sama ditekankan Encik Masagos. Menurut beliau, perkara itu boleh dilakukan dengan mudah seperti amalan bertukar-tukar jamuan berbuka.

Beliau berharap melalui usaha-usaha sedemikian, mesej Rahmah boleh disebarkan kepada masyarakat yang lebih luas.

"Sebenarnya, Rahmah itu harus kita taburkan kepada semua apatah lagi mereka yang dekat seperti jiran. Kita tidak harus mengira apa agama mereka dan sebagainya.

"Ini adalah satu mesej yang sangat penting kerana bukan hanya kita berpuasa untuk merasakan kelaparan, dahaga orang-orang yang susah tetapi kita juga perlu melahirkannya dalam aksi-aksi yang praktik dan hal ini dalam suasana supaya kita dapat mereka merasakan Rahmah daripada orang-orang Islam," kata beliau.

Sempena perasmian Sentuhan Ramadan 2019, Encik Masagos juga melancarkan Tabung Rahmah serta usaha mendekati masyarakat untuk menyebarkan mesej tentang Ramadan.

Seramai 200 relawan menyebarkan mesej itu di kawasan-kawasan sekitar Geylang Serai, Yishun, Jurong dan juga Orchard Road. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan