Skip to main content

Iklan

Iklan

Kelompok baru COVID-19 dikesan di pusat pertukaran bas Punggol, Toa Payoh

Singapura melaporkan 112 kes baru tempatan jangkitan COVID-19 setakan tengah hari pada Khamis (26 Ogos) dengan dua kelompok baru yang dikaitkan dengan kakitangan di pusat pertukaran bas Punggol dan Toa Payoh serta satu lagi kelompok di sebuah kedai kopi di Bukit Panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelompok baru COVID-19 dikesan di pusat pertukaran bas Punggol, Toa Payoh

Pusat Pertukaran Bas Toa Payoh. (Gambar: Wikimedia Commons)

Diterbitkan : 26 Aug 2021 11:58PM Dikemas Kini : 27 Aug 2021 12:01AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 112 kes baru tempatan jangkitan COVID-19 setakan tengah hari pada Khamis (26 Ogos) dengan dua kelompok baru yang dikaitkan dengan kakitangan di pusat pertukaran bas Punggol dan Toa Payoh serta satu lagi kelompok di sebuah kedai kopi di Bukit Panjang.

Kelompok-kelompok pusat pertukaran bas itu adalah kelompok-kelompok tempat kerja yang berasingan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Sebanyak 11 kes dikaitkan dengan pusat pertukaran bas Punggol yang terdiri daripada 10 kakitangan dan seorang kontak serumah.

Terdapat 25 kes berhubung kait pusat pertukaran bas Toa Payoh, kesemuanya merupakan individu yang bekerja di sana.

"Semua kakitangan di kedua-dua pusat pertukaran bas akan diuji bagi COVID-19 dan kesemua kontak rapat kes-kes tersebut akan dikenakan kuarantin," menurut MOH.

Kementerian itu pada Khamis juga melaporkan kelompok COVID-19 baru di Kedai Kopi Bangkit 257 yang terletak di Bukit Panjang. Ia buat masa ini melibatkan tiga kes.

Sebanyak 40 kes baru jangkitan tempatan COVID-19 yang dilaporkan pada Khamis berhubung kait dengan kelompok Bugis Junction yang semakin meningkat.

Dalam kalangan 72 kes jangkitan tempatan, 31 dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikenakan kuarantin, menurut MOH. Lagi 17 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan.

Sebanyak 24 kes tiada hubung kait kes-kes sebelum ini.

Terdapat juga empat kes import, membawa kes harian di Singapura kepada 116.

Setakat Khamis, Singapura melaporkan 66,928 kes COVID-19.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan