Skip to main content

Iklan

Iklan

Kebanyakan tempat kerja di merata S'pura henti operasi mulai hari ini

 Kebanyakan tempat kerja di merata negara menghentikan operasi sedang tempoh bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 bermula pada Selasa (7 Apr).  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Apr 2020 08:24PM Dikemas Kini : 07 Apr 2020 09:53PM

SINGAPURA: Kebanyakan tempat kerja di merata negara menghentikan operasi
sedang tempoh bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 bermula pada Selasa (7 Apr).

Langkah-langkah jarak selamat lebih ketat yang berkuatkuasa selama sebulan itu,
menyebabkan kawasan hab kewangan Singapura yang selalunya riuh dengan aktiviti, menjadi lengang.

Di bawah undang-undang baru, semua tempat kerja kecuali yang menyediakan khidmat penting perlu tutup selama empat minggu.

Ini bermakna tiga daripada setiap empat pekerja sama ada bekerja dari rumah atau berhenti melakukan kerja sehingga 4 hari bulan depan.

Bagi perniagaan-perniagaan makanan seperti di Pusat Makanan Amoy Street, khidmat penghantaran sendiri tidak mampu menyelamatkan perniagaan mereka yang merosot sebanyak 80%.

Maka itu ada yang terpaksa menutup operasi selama sebulan dan jika tempoh langkah-langkah baru diteruskan menjangkaui sebulan, ada perniagaan yang bimbang ia mungkin tidak boleh bangkit semula seperti sebelum ini. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan