Keadaan darurat sekali lagi di Hokkaido; pusingan kedua jangkitan COVID-19
Pihak berkuasa di Hokkaido, utara Jepun, mengisytiharkan semula keadaan darurat sedang jumlah kes COVID-19 terus meningkat.

(Gambar: AFP)
TOKYO: Pihak berkuasa di Hokkaido, utara Jepun, mengisytiharkan semula keadaan darurat sedang jumlah kes COVID-19 terus meningkat.
Langkah itu diambil kurang sebulan selepas keadaan darurat selama tiga minggu ditarik balik.
Gabenor Hokkaido memberi amaran wilayah itu mungkin menghadapi pusingan kedua jangkitan.
Di bawah perisytiharan terbaru itu, sekolah-sekolah akan ditutup dari esok (14 Apr) hingga 6 Mei.
Semalam, Jepun mencatat 490 kes baru jangkitan COVID-19 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes hampir 7,400 di seluruh negara itu.
Lebih 130 kematian dilaporkan akibat virus korona tersebut.
Sementara itu, lapangan terbang Narita menyediakan tempat penginapan sementara di bahagian tuntutan bagasi bagi memudahkan penumpang dari luar negara yang perlu menunggu keputusan ujian virus COVID-19.
Namun, hanya kemudahan asas disediakan seperti katil kadbod dan selimut.
Keputusan ujian siap antara enam jam hingga dua hari.
Oleh kerana penumpang dilarang menaiki pengangkutan awam atau dijemput dari lapangan terbang, kemudahan tersebut setidak-tidaknya memberi mereka tempat untuk berehat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.