Skip to main content

Iklan

Iklan

Kanada kesan 2 kes varian Omicron

Kanada mengesahkan negara itu sudah mengesan dua kes COVID-19 varian Omicron.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada kesan 2 kes varian Omicron

Gambar: AFP

Diterbitkan : 30 Nov 2021 02:24PM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 02:26PM

TORONTO: Kanada mengesahkan negara itu sudah mengesan dua kes COVID-19 varian Omicron.

Dua kes yang disahkan itu berada di Ottawa.

Menurut Ketua Pegawai Perubatan Kesihatan Wilayah Ontario, Dr Kieran Moore, empat lagi kes berkemungkinan dikaitkan dengan varian tersebut.

"Semalam diumumkan bahawa Ontario telah mengesahkan dua kes varian Omicron COVID-19. Kedua-dua kes dilaporkan pada individu di Ottawa dengan perjalanan baru-baru ini dari Nigeria.

"Pejabat Kesihatan Awam Ottawa sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan pengurusan kes dan kontak rapat serta kedua-dua individu itu sedang dikuarantin.

"Saya ingin meyakinkan orang ramai di Ontario bahawa kami bersedia untuk bertindak balas terhadap perkara ini atau mana-mana varian baru yang lain," katanya lagi.

Menurut Dr Moore, kedua-dua kes melibatkan individu yang baru-baru ini berada di Nigeria dan pertama kali diuji ketika mereka tiba di Montreal.

Terdapat dua kes lain yang sedang disiasat yang berkemungkinan adalah kes varian Omicron dan berada di kawasan Hamilton.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan