Kami tidak akan berprasangka buruk; biar polis siasat, kata Dr Lam Pin Min
Calon PAP bagi GRC Sengkang Dr Lam Pin Min berkata pasukannya tidak akan "berprasangka buruk" terhadap laporan polis yang dibuat ke atas calon Parti Pekerja di GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan.
SINGAPURA: Calon PAP bagi GRC Sengkang Dr Lam Pin Min berkata pasukannya tidak akan "berprasangka buruk" terhadap laporan polis yang dibuat ke atas calon Parti Pekerja di GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan.
Beliau menambah biar pihak polis membuat siasatannya.
Dr Lam diminta mengulas mengenai siasatan polis tersebut semasa berkempen di GRC Sengkang di mana pasukannya termasuk Eng Ng Chee Meng, Encik Amrin Amin dan calon baru Encik Raymond Lye bertemu para penduduk di Anchorvale.
Dr Lam menambah pasukannya tidak mahu membuat spekulasi mengenai keputusan pilihan raya.
"Kita mahu bekerja keras untuk mendapatkan setiap undi. Kita tahu bahawa kepercayaan dan sokongan daripada penduduk kita tidak boleh diambil mudah," kata Dr Lam.
GRC Sengkang yang dibentuk awal tahun ini, adalah sebuah kawasan undi baru. Ia mempunyai lebih 120,000 pengundi meliputi kawasan yang sebelum ini sebahagian SMC Sengkang West dan Punggol East serta bahagian Sengkang Central di bawah GRC Pasir Ris-Punggol sebelum ini.
BACA: Calon WP Raeesah Khan minta maaf atas catatan media sosial yang disiasat polis
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.