Kaki wayang boleh tonton semula filem 'blockbuster' mulai 13 Jul
Setelah menunggu lebih tiga bulan, kaki wayang kini boleh menonton filem 'blockbuster' terkini di pawagam mulai 13 Julai, menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), pada Jumaat (3 Jul).
(Gambar fail: Raj Nadarajan/TODAY)
SINGAPURA: Setelah menunggu lebih tiga bulan, kaki wayang kini boleh menonton filem 'blockbuster' terkini di pawagam mulai 13 Julai, menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), pada Jumaat (3 Jul).
Dalam makluman yang dimuat naik ke lamannya, IMDA menyatakan bahawa pawagam-pawagam, yang ditutup sejak lewat Mac disebabkan oleh langkah-langkah bagi membendung penularan COVID-19, mesti mematuhi "langkah-langkah keselamatan wajib" apabila dibuka semula kelak.
Hanya 50 penonton maksimum dibenarkan menonton dalam dewan pagawam, antara syarat-syarat yang mesti dipatuhi, menurut IMDA.
Pawagam-pawagam mesti memperkenalkan "tempat duduk jarak selamat 1 meter" di dalam dewan, menurut IMDA, meskipun kumpulan yang melibatkan keluarga dan rakan - sehingga lima orang pada satu-satu masa - dibenarkan membeli tiket dan duduk bersama tanpa syarat jarak 1 meter.
Para penonton juga dikehendaki memakai pelitup setiap masa - termasuk semasa menonton wayang - kecuali makan atau minum.
IMDA menekankan bahawa para pengendali pawagam mesti mematuhi langkah-angkah keselamatan yang ditetapkan dalam laman Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.