Skip to main content

Iklan

Iklan

Kajian WHO, UNICEF dapati 23 juta kanak-kanak terlepas vaksinasi rutin pada 2020

Kemunculan pandemik COVID-19 sejak tahun lepas mengakibatkan gangguan terhadap perkhidmatan kesihatan dengan sehingga 23 juta kanak-kanak di seluruh dunia terlepas vaksinasi rutin bagi penyakit campak, difteria, dan tetanus, menurut satu kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF.

Anggaran Waktu Membaca:
Kajian WHO, UNICEF dapati 23 juta kanak-kanak terlepas vaksinasi rutin pada 2020

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Jul 2021 04:36PM Dikemas Kini : 15 Jul 2021 04:39PM

MOSCOW: Kemunculan pandemik COVID-19 sejak tahun lepas mengakibatkan gangguan terhadap perkhidmatan kesihatan dengan sehingga 23 juta kanak-kanak di seluruh dunia terlepas vaksinasi rutin bagi penyakit campak, difteria, dan tetanus, menurut satu kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF.

 "Seramai 23 juta kanak-kanak terlepas janji temu vaksin asas pada 2020 – pertambahan sebanyak 3.7 juta kes berbanding 2019," kata kedua-dua pertubuhan antarabangsa itu dalam satu kenyataan media.

WHO dan UNICEF berkata kemungkinan 17 juta kanak-kanak tidak memperoleh walau satu suntikan vaksin tahun lepas, dan memberi amaran keadaan ini bakal mengakibatkan masalah kesihatan, lapor Sputnik.

"Kemunculan pelbagai wabak penyakit bakal mencetuskan bencana dalam masyarakat dan sistem kesihatan kini sibuk memerangi COVID-19, menjadikan pelaburan untuk program vaksinasi kanak-kanak semakin mendesak selain memastikan setiap daripada mereka menerima vaksin," kata ketua pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebeyesus. 

Perkhidmatan vaksinasi rutin kanak-kanak di Asia Tenggara dan Mediterranean Timur antara yang terjejas teruk, menurut WHO.

Lebih tiga juta kanak-kanak gagal mendapat suntikan pertama campak manakala 3.5 juta lagi tidak menerima dos pertama vaksin DTP-1, iaitu vaksin tiga serangkai untuk difteria, tetanus, dan pertussis, berbanding 2019.

Inisiatif Agenda Imunisasi 2030, mengabungkan WHO, UNICEF dan Gavi, bertujuan memastikan 90 peratus liputan vaksin utama di seluruh dunia. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan