Skip to main content

Iklan

Iklan

Jutaan penduduk China lakukan perjalanan sempena cuti Hari Buruh

Jutaan penduduk China melakukan perjalanan di seluruh negara itu sempena cuti lima hari sempena Hari Buruh, tahun ini. Mereka membanjiri tapak-tapak daya tarikan pelancong dan restoran selain mengunjungi anggota saudara dan sanak saudara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jutaan penduduk China lakukan perjalanan sempena cuti Hari Buruh

Para penumpang menanti untuk menaiki kereta api di stesen Hangzhou East di wilayah Zhejiang di timur China, pada 30 Apr menjelang cuti Hari Buruh. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 May 2021 10:51PM Dikemas Kini : 01 May 2021 10:54PM

BEIJING: Jutaan penduduk China melakukan perjalanan di seluruh negara itu sempena cuti lima hari sempena Hari Buruh, tahun ini. Mereka membanjiri tapak-tapak daya tarikan pelancong dan restoran selain mengunjungi anggota saudara dan sanak saudara.

Ekonomi kedua terbesar dunia itu menjangkakan kira-kira 265 juta penduduk melakukan perjalanan menggunakan kenderaan di jalan raya, kereta api dan kapal.

Pergerakan besar-besaran seperti itu kali terakhir dilihat pada 2019 sebelum berlakunya penularan virus COVID-19.

Ia sekali gus membayangkan kehidupan rakyat sudah kembali seperti era sebelum pandemik.

Ratusan orang dilihat mengunjungi Tembok Besar China di Badaling, kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Beijing, dengan kebanyakan daripada mereka tidak memakai pelitup.

Menjelang cuti itu Jumaat (30 Apr), penumpang membanjiri stesen kereta api di seluruh negara dengan ada yang terpaksa beratur panjang untuk memasuki dewan pelepasan.

Meskipun ekonomi China sudah bangkit semula daripada kesan koronavirus tahun lalu, kegiatan pengguna masih jauh ketinggalan berbanding pengilangan industri.

Namun, jualan runcit kembali meningkat, dengan peningkatan 34.2 peratus pada Mac, membayangkan permintaan pengguna yang optimistik.

Bandar-bandar utama seperti inu kota Beijing, serta Shanghai dan Guangzhou dijangka mencatat permintaan lebih tinggi cuti Hari Buruh ini, kata pegawai pengangkutan Li Huaqiang.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memberi peringatan awal dan memberi amaran supaya tarikan pelancongan memperketat peraturan.

Ia termasuk mengehadkan jumlah pengunjung dan mewujudkan sistem tiket yang dapat mengawal jumlah pelawat.

Orang ramai juga perlu mendaftar untuk memasuki tempat-tempat tersebut dan menunjukkan 'kod kesihatan' iaitu sijil elektronik dalam telefon bimbit mereka untuk membuktikan mereka tidak berisiko untuk menjangkiti orang lain dengan COVID-19.

Meskipun penularan COVID-19 sudah dapat dikawal di China, penularan baru pada awal tahun ini memaksa pihak berkuasa mengarahkan pekerja migran supaya duduk di rumah ketika Tahun Baru Cina. 

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan