Skip to main content

Iklan

Iklan

Jururawat rakam video #EtikaBatuk yang cuit hati ramai

Sedang wabak COVID-19 sampai ke tahap pandemik global, setiap usaha kecil yang dilakukan untuk mencegah penularannya boleh membantu semua orang kekal dalam keadaan sihat dan selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Jururawat rakam video #EtikaBatuk yang cuit hati ramai

Petikan gambar daripada video.

Diterbitkan : 13 Mar 2020 03:25PM Dikemas Kini : 13 Mar 2020 03:43PM

PETALING JAYA: Sedang wabak COVID-19 sampai ke tahap pandemik global, setiap usaha kecil yang dilakukan untuk mencegah penularannya boleh membantu semua orang kekal dalam keadaan sihat dan selamat.

Terdapat banyak tip di luar sana berkenaan cara memberi salam, cara mencuci tangan malah juga ... cara melepaskan batuk.

Sekumpulan jururawat Malaysia turut memberi sumbangan mereka dengan cara seronok dan berkesan, melalui rakaman video menampilkan mereka dengan gerak tarian menunjukkan cara melepaskan batuk dengan selamat.

Video 10 saat itu menampilkan empat jururawat yang menunjukkan cara salah menggunakan tapak tangan untuk menutup mulut apabila melepaskan batuk. Sebaliknya, cara yang betul adalah menutup mulut dengan lengan atau menggunakan tisu atau kain.

Di penghujung video itu, mereka turut menunjukkan cara melepaskan batuk ketika memakai pelitup.

Tidak diketahui tempat dan waktu video itu dirakam, tetapi ia dipercayai dirakam di sebuah klinik kesihatan.

Video itu sudah dikongsi di Facebook dan WhatsApp dengan tanda pagar #EtikaBatuk. Ramai orang yang memuji video itu kerana ia amat lucu dan mengandungi informasi berguna.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan