Skip to main content

Iklan

Iklan

Jurong Point, PLQ Mall & Royz et Vous antara tempat dikunjungi kes COVID-19 ketika berjangkit

Tiong Bahru Plaza dan Chinatown Point adalah antara tempat-tempat yang dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurong Point, PLQ Mall & Royz et Vous antara tempat dikunjungi kes COVID-19 ketika berjangkit

(Gambar-gambar: Petikan gambar daripada Google Maps)

Diterbitkan : 29 May 2021 07:55AM Dikemas Kini : 29 May 2021 08:06AM

SINGAPURA: Tiong Bahru Plaza dan Chinatown Point adalah antara tempat-tempat yang dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Pusat beli-belah lain yang juga dimasukkan ke dalam senarai tersebut termasuk Jurong Point di Boon Lay, PLQ Mall di Paya Lebar dan Parkway Parade di Marine Parade, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Selain itu terdapat juga sebilangan cawangan makanan dan minuman yang merupakan antara lokasi-lokasi baru - Indobowl dan Royz et Vous di Sultan Gate, serta D'FoodStop@ABC di Jalan Bukit Merah.

Senarai itu tidak termasuk tempat penginapan, tempat kerja, kemudahan kesihatan dan pengangkutan awam, menurut MOH.

MOH menyatakan bahawa pihaknya sudahpun memaklumkan para individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes yang disahkan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, sesiapa saja yang berada di lokasi-lokasi tersebut pada waktu yang dinyatakan harus memantau kesihatan mereka dengan teliti selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka," tambah MOH.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mereka mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan hidung berair), serta demam dan kehilangan deria rasa atau bau, dan memberitahu doktor mengenai sejarah pendedahan mereka kepada virus tersebut."

Orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19, nasihat MOH.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mendampingi pihak pengurusan premis-premis yang terjejas untuk memberikan panduan mengenai kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan