Skip to main content

Iklan

Iklan

Junction 8, VivoCity, Bugis Junction antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (29 Apr) menyenaraikan beberapa pusat beli-belah - termasuk VivoCity, Bugis Junction dan Ang Mo Kio Hub - sebagai tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Junction 8, VivoCity, Bugis Junction antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

(Gambar-gambar: CapitaLand Mall Trust, Google Street View)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 10:25AM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 10:29AM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (29 Apr) menyenaraikan beberapa pusat beli-belah - termasuk VivoCity, Bugis Junction dan Ang Mo Kio Hub - sebagai tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Sebilangan daripadanya adalah di kawasan Orchard Road - Shaw House, Orchard Central, 111 Somerset dan 313 Somerset.

Gereja City Harvest dikunjungi kes COVID-19 pada 17 Apr, 23 Apr dan 27 Apr.

Turut dimasukkan ke dalam senarai itu adalah dua lokasi di kampus universiti - pusat makanan Summit di Kampus Bukit Timah Universiti Nasional Singapura (NUS) dan cawangan Starbucks di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Di Junction 8, kes-kes COVID-19 melanggani 4Fingers pada 15 Apr dan Genki Sushi pada 23 Apr, manakala pasar raya FairPrice dikunjungi kes-kes COVID-19 pada 17 Apr.

Tuk Tuk Cha di Bugis Junction dikunjungi pada 24 Apr.

Kes-kes COVID-19 juga mengunjungi cawangan Uniqlo di Orchard Central, Cafe de Muse di Shaw House dan Poke Theory di 111 Somerset.

Senarai lengkap lokasi baru itu adalah seperti berikut:

Senarai itu tidak termasuk tempat kediaman, tempat kerja, kemudahan jagaan kesihatan dan pengangkutan awam.

Mereka yang sudah dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes yang disahkan terjangkit sudahpun dimaklumkan oleh MOH.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan