Jumlah tontonan kursus online Persatuan Rakyat naik dua kali ganda
Kelab-kelab masyarakat merata Singapura yang dulunya sesak dengan orang ramai yang menyertai kelas zumba and pilates, kini menjadi lengang.
SINGAPURA: Kelab-kelab masyarakat merata Singapura yang dulunya sesak dengan orang ramai yang menyertai kelas zumba and pilates, kini menjadi lengang.
Bagi membendung penularan COVID-19, kesemua kursus dan kegiatan yang diadakan di kelab-kelab masyarakat dan pusat-pusat Jawatankuasa Penduduk (RC) digantung sehingga 4 Mei.
Sejak 23 Mac, Persatuan Rakyat (PA) mengalihkan kursus-kursusnya ke laman online.
Para peserta boleh menyertai kursus seperti memasak dan senaman oleh jurulatih menerusi wadah penstriman langsung atau video yang dimuat naik.
Ia bertujuan menggalakkan para penduduk teruskan gaya hidup aktif.
Perubahan tersebut sudah menjejas populariti kelas-kelas yang dianjurkan.
Ada peserta berpendapat mereka mungkin melakukan gerak yang salah semasa bersenam kerana tidak dapat diberi tunjuk ajar yang betul.
Namun, PA menyatakan sambutan terhadap kursus-kursus online amat menggalakkan.
Sejak tiga minggu lalu, jumlah tontonan bagi kursus-kursus yang ditawarkan telah naik dua kali ganda.
Sejauh ini, PA ada lebih 30 kursus dan video yang disiarkan secara langsung, dengan lebih 25,000 tontonan dan jumlahnya dijangka bertambah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 sekarang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.